Skuter Yamaha Nouvo LC

Aku ni sebenarnya dah lama nak beli skuter tapi entah kenapa tak beli-beli jgk. Lepas 2 kali dok bawak rental scooter kat Langkawi masa tengok Ironman, aku pun buat decide nak belilah sebijik. Mmg terasa sgt convenient dgn skuter ni. Lepas kajian yg mendalam, survey tanya kengkawan dan buat analisis pasaran di Internet... chewah, aku pun beli la Yamaha Nouvo LC. Rasanya ini pilihan yang paling sesuai untuk kegunaan harian aku.

Kenapa aku pilih Nouvo LC?
  1. CC dia agak besar compare dgn body dia yg kecik molek
  2. Roda dia 16 inci, lebih besar drp skuter yg lain
  3. Design dia cantik menarik perhatian
  4. Kaler pun cun
  5. Panel display senang lihat
  6. Enjin dia liquid cooled, sesuai utk jalan jauh sikit. Kalau jauh betul aku bwk KTM Duke aku
  7. Tempat simpan barang besar boleh sumbat helmet sebijik
  8. Bukan motor panas mcm 135LC
  9. Banyak review kat Internet rekomen Nouvo LC
  10. Towkey kedai yg suggest. Aku percaya sgt ckp tokey Top CK ni. Dia belum pernah menipu aku lagi


Cantek tak kaler pilihin aku??

Aku beli kat Top CK Motor Ukay Perdana dgn harga RM7,085 cash. Dapat la sebijik helmet, cable lock dgn rain coat sepasang. Aku bayar downpayment, sehari jer motor dah ready. Tapi aku cuma boleh ambik lepas 2 minggu sebab pegi ke Nepal.

Lepas ni boleh bawak byk sikit barang, gantung atau sumbat kat bawah seat. 

Comments

Rex said…
ketam ada lg ke dah jual?
Kam said…
Ketum masih dlm simpanan. Ada org nak tapi sayang nak jual. Kalau jadi upgrade to Ketum 1190 Adv mungkin jual la kot. Buyer dah yg dok bertanya.

Popular posts from this blog

Challenge Iskandar Puteri

Desaru 113 Triathlon